Fesyen kebaya tampilkan sentuhan moden



Oleh : Pg Vivy Malessa Pg Ibrahim / Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas





TUTONG, Jumaat, 27 Mac. - Antara fesyen Hari Raya Aidilfitri tahun ini, yang mendapat tempat bagi kaum hawa ialah fesyen kebaya. Fesyen kebaya menampilkan sentuhan moden yang lebih segar dan kreatif dan mempunyai perbezaan dengan kebaya yang dahulunya.


Pemilihan fabrik yang lembut bagi fesyen kebaya tahun ini serta material yang ringan memberikan keselesaan kepada pemakainya.


Selain itu fesyen kebaya yang dipakai pada tahun ini juga dipengaruhi oleh pereka-pereka fesyen yang mengekalkan fesyen kebaya dan turut mempromosikan rekaan mereka melalui platform digital.


Di samping itu, fesyen kebaya siap pakai (ready to wear) kini juga semakin mudah diperoleh di pelbagai butik dan bazar, malahan ditawarkan dengan harga yang sangat berpatutan serta mesra pengguna. Oleh itu, fesyen kebaya menjadi antara pilihan pakaian Hari Raya pada tahun ini.

Close